seismik

[VIDEO] Dah Bosan Dengan Isu Curang & Penyondol, Uyaina Arshad Luah Dalam Bahasa 'F'

Haa, siapa faham?

Cover image via @uyaina.arshad (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad telah memuat naik sebuah video dan meluahkan rasa bosannya dengan berita tentang isu curang dan penyondol rumah tangga orang

Menerusi video berdurasi 1 minit 31 saat di TikTok miliknya, Uyaina tampil meluahkan rasa bosan terhadap isu berkenaan menggunakan bahasa 'F'.

Menurut Uyaina, setiap kali dia membuka media sosial pasti ada saja berita mengenai kontroversi yang masih belum menemui pengakhirannya itu.

"Saya kan dah bosan dengan berita yang sama. Asyik-asyik cerita pasal penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang. Asyik-asyik cerita pasal rumah tangga orang. Bila nak habis ni? Berapa ratus episod ni?

"Pelik akulah. Buka Instagram cerita yang sama. Buka TikTok, cerita yang sama, buka X pun cerita yang sama. Tahun bila nak habis ni? Penatlah, okaylah baik buka content baca Quran. Lebih bagus kan?," luahnya dalam bahasa 'F'.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan cara Uyaina berbahasa 'F', malah ada yang ingat dia bercakap bahasa Sepanyol

Lihat video penuh di bawah:

Laju betul dia cakap, korang dapat tangkap tak tu? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: